Friday, November 30, 2012

Shaklee Untuk Waktu Berpantang

Dari haritu ema confuse nak beli set berpantang yang mana satu. memula hati berkenan Set Tanamera sebab dia xde jamu-jamu yang kene makan. ema tak pernah makan jamu dan takut jugak kalo makan nnt x serasi dengan ema. takot jugak kalo baby terkena effectnya nanti bila ema breastfeeding dia.
 
Survey punya survey ema terbekenan kat produk shaklee ni. ape yang buat ema tertarik shaklee ni lebih kepada vitamin dan yang paling ema suka dia membantu pengeluaran susu. maklumlah orang kate anak pertama kurang pengeluaran susu jadi dengan shaklee ni membantu tuk menghasilkan susu. ema memang harap sangat susu ema banyak. kalo boleh nak susukan sepenuhnya dengan susu badan. InsyaAllah jika diizinkan. ;)
 
Ema beli di CHARMSandCOLORS Set 3M : ESP + Ostematrix + Set B = RM240 (Normal price = RM260) Set ni sesuai untuk yg mengalami masalah penyusuan. Si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
  • 30 biji Vitalea / 30 biji B Complex / 30 biji Vita-C / 90 biji Alfalfa / ESP / Ostematrix (1 botol)
Ema beli tuk yang sebulan je sebab ema nak try samada dia sesuai dengan ema ke tidak. kalo sesuai dan hasilnya memuaskan ema akan beli lagi. Jamu memang ema x beli langsung. cuma ema ade beli bengkung Leesa Formula, pilis dan param kat kedai jamu. pilis dengan param tu ema beli murah je sbb takot x sesuai dengan ema nnt. so tuk bekalan berpantang ema da ada. harap-harap dpt laluinya dengan mudah. ;)



Thursday, November 29, 2012

Garrett Popcorn Idaman Kalbu

10 November aritu family ema turun JB sebab ada jemputan kahwin sedara belah mak kat Bandar Seri Alam. Nenek ngn atok Negeri Sembilan pun turun jgk. Memang meriah la suasana lagipun dah lama x jumpe orang kampung. Dapatlah lepaskan rindu dengan atok dan nenek. Jadi mak ngn baba on the way nak datang JB jemput la adik-adik laki ema yg belaja kat UTHM Batu Pahat. Lagipun mmg sekali jalan je senang. Abg ema x dapat ikut sebab dia keje sabtu ahad. Ntah macamana tekak ni teringin nak makan Garrett Popcorn yang sedap tu! da lah kat JB ni xde jual, yang ada cume kat KL je. sib baik abg ema ni baik dan boleh diminta tolong. hehe

 
 
Sebenarnya x penah pun beli Garrett Popcorn ni tapi tekak ni mmg komfem mengatakan sedap dan yakin ia akan menepati citarasa tekak ema ni.. hahaha konfiden btol. so tepon la abg ema ni mintak tolong dia belikan. fuhh skali tgk harga bukan calang2. boleh tercekik jgk la.. tapi ema x kira pikir punya pikir kene beli jgk! memula ingat nak beli yang 1 gallon RM92  tapi macam kecik je tin dia. takot x cukup nnt family ema pun nak merasa jgk. last2 ema dapat idea daripada ema beli 1 gallon baik ema beli dua Jumbo Pack RM80. rasa lagi banyak dari 1 gallon tu. ntah2 yang wat mahal bekas dia je. so abg ema pun beli pagi jumaat kat One Utama. pas beli abg hantar kat ofis mak ema sbb tgahari da nak bertolak ke JB. Malam tu dapatla ema makan Garret Popcorn yang sedap ni.. mmg puas hati ema! serius ema cakap mmg berbaloi beli dan kalo korang nk tau kerangupan dia still bertahan sehingga sekarang.. tapi kene simpan dalam bekas yang kedap udara la.


Sunday, November 11, 2012

Julia TV3

 
 
Ema memang suka sangat cerita Julia kat TV3 setiap hari isnin hingga khamis kul 7.00mlm.. tapi sekarang cerita tu da habis. kalo boleh nak minta buat sambungan lagi cerita tu. apa yang ema tengok dan simpulkan banyak pengajaran tuk diri kita sendiri. cerita tu memang berkesan pada diri ema.
 
 
Sape yang tengok dan follow cerita tu mungkin sama dengan pendapat ema. ape yang ema lihat betapa gigihnya semangat Julia walaupun dia banyak ditimpa masalah. dari satu satu masalah dia tempuh dengan sabar dan redha. kuatnya semangat dia tuk teruskan hidup tanpa melihat kebelakang semula. bila dia bawa watak ibu mengandung lagi tersentuh hati ema. bayangkan seorang ibu mengandung menanggung pelbagai masalah. dari kene cerai dengan suami dengan talak 3, difitnah orang, dibuang kerja, ibu bapa dan kakak dia meninggal dunia. Ya Allah banyak betul dugaan dia. tapi dia tetap tenang dan redha dengan apa yang terjadi.
 
 
Cerita tu amat berkesan pada diri ema dan mungkin juga pada penonton yang mengikuti cerita Julia ni. Pada ema semangat Julia ni patut dicontohi oleh semua wanita diluar sana termasuk diri ema. ema nasihatkan pada semua wanita dan diri ema sendiri supaya berdirila di kaki sendiri. sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. setiap dugaan yang datang semuanya ada hikmah. kita kene berfikiran kehadapan dan jangan sesekali pandang ke belakang sebab semua kisah lama adalah satu kenangan dan memori. apa yang perlu kita buat adalah meniti hari yang akan datang dan bagaimana kita ingin laluinya. tiada siapa boleh tolong kalo bukan diri sendiri. dan apa yang penting kita kena sayang diri kita sendiri. :)
 
 

Saturday, November 10, 2012

NYX Round Lipstick

Kebetulan lipstik ema da nak habis jadi nak kene beli la gayanya. ema kalo da berkenan lipstik dan warna tu memang x tukar2 da. sbelum ni ema memang suka dengan lipstik maybelline warna coral pink. tapi skang macam da xde lagi so ema tukar lipstik stage warna passion punch code 19. lipstik stage ni best juga dipakai. lebih kurang macam maybelline. tapi da nak abis da so kene la beli lipstik lagi.
 
 
Warna kulit ema ni x putih so ema x boleh pakai lipstik yang warna pink atau merah sangat. memang x sesuai nampak pelik je nanti. hehe so dari dulu ema akan pilih yang lebih kepada warna tanah. warna cmtu lebih sesuai dengan kulit ema.
 
 
Kali ni ema nak try NYX lipstick pulak. saje nak tukar2 angin. lagipun harganya x la mahal sangat. ema beli online dekat colourscosmeticsmalaysia kat sini memang banyak pilihan. harga memang murah dan servis dia memang bagus. khamis ema order dan bank in duit. jumaat pagi terus dapat. memang puas hati. ema beli NYX Round Lipstick (LSS640 - FIG). sampai2 je kat tangan terus try. warna yang ema pilih memang sesuai dengan kulit ema. suka sangat! pasni leh shopping lagi.. hehe
 
 
 
 

Thursday, November 8, 2012

Check up 34 weeks

Semalam ema ada appointment dengan Klinik Kesihatan Taman Universiti. kali ni kene jumpe doktor. sepanjang ema mengandung ni kali kedua jumpe doktor. yang pertama kali time kandungan 5 bulan. dalam pukul 2.30petang ema dengan husband pun sampai. ambil nombor pastu check air kencing. tunggu nama dipanggil check tekanan darah dan berat. berat badan naik btol ni. dua minggu lepas 71kg tup tup timbang semalam 75kg. tapi xde pulak nurse tu marah ke ape. so ema pun buat tak tahu jela. pastu kene check hb pulak. biasalah kene cucuk jari. kalo mengandung ni mmg asik kene tadah jari jela. pastu tunggu nombor dipanggil tuk jumpe doktor.
 
Lama btol nak tunggu masuk jumpe doktor. dekat 2 jam jgk la menunggu. sedangkan dlm 10 orang je sbelum nombor ema. tapi ape yang ema tgk maybe dorang lepaskan dulu checkup baby2. so ibu mengandung kenela sabar menunggu. perut da lapar sangat. tengahari mmg x sempat nak makan. husband pun perut da masuk angin. kecian kat dia.
 
Dalam kul 4.30 baru nombor dipanggil. doktor check jantung ema pastu suh baring nak scan baby. doktor tunjukkan jantung baby, kedudukan uri, kelapa baby dah kat bawah, air ketuban semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah. doktor tanya ema da tau jantina baby ke belum. ema cakap sebelum ni scan ngn swasta da bagitahu jantina baby. so mmg confirm doktor pun cakap benda yang sama. hehe lega hati barang pun byk da beli. 3 org doktor cakap benda yang sama consider tepat la tu kan. ;)
 
Doktor tanya penah minum air gula x.. ema cakap la xpenah minum lagi so doktor pun suruh g cucuk jari lagi g check gula. sib baik rendah 3.4 je.. hehe sebenarnya sbb ema x makan tengahari tu yg rendah agaknya. doktor pun puas hati jadi mmg xpayah minum air gula la.. yahoo.. sepatutnya ema kene amik injection tuk kali kedua tapi ema ckp nak amik injection tu kat klinik desa je nanti sbb lagi 2 minggu kene check kat klinik desa je. sebenarnya da lapa sangat nak balik cepat. kalo tunggu kat situ nak amik injection mesti lagi lambat.
 
Ubat pun ema x amik sebab masih ada lagi cukupla tuk bekalan 2 minggu lagi. tu pun alasan x nak tunggu giliran ambil ubat kat situ. appointment kat klinik desa kangkar pulai pada 20hb nov ni. time tu da 9 bln.. huhu kesimpulannya semuanya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur.. doakan ibu dan baby baik2 ye. ;)

Saturday, November 3, 2012

Tanamera Posnatal

Dalam survey2 nak beli set bersalin ema tertarik set bersalin Tanamera Posnatal. banyak review yang ema baca tentang set tanamera. ramai jugak blogger yg baru melahirkan anak guna set bersalin tanamera. yang buat ema tertarik skali sbb dia menggunakan 100% produk semulajadi dan tiada jamu2 yang perlu dimakan. lagipun nak nyusukan baby kene elakkan jamu2 takot nnt baby terkena skali. ema ni mmg kurang mahir bab-bab set bersalin ni. tanya mak n mak mertua pun kurang pasti yang mane elok. so dgn inisiatif sendiri kene la google n cari pengetahuan kat internet. kawan2 ema pernah guna set bersalin Nona Roguy dgn Leesa Formula. harga set bersalin lebih kurang sama je dgn yang lain-lain. mcm kawan ema dia kalah kat jamu-jamu ni. so dia kate beli set membazir sbb ade yang guna ada yang x guna. jadi ema confius samada nak beli set or beli yang mana penting je. tapi kalo kite beli set lagi murah..
 
Hmm pikir punya pikir ema decide nak beli produk Tanamera. TAPI ema x beli set dulu sbb ema nk try ok ke tidak produk dia dengan diri ema. so ema beli beberapa produk dulu yang boleh guna semasa mengandung tapi kene pembelian lebih RM100. jadi ema pilih virgin coconut oil, herbal massage oil, lavender floral water dengan brown body soap. banyak review virgin coconut oil n brown body soap ni mmg bagus. bile da dapat kat tangan x sabar nak guna. berbaloi jgk la ema beli produk ni semuanya sesuai dengan ema. produk ni ema guna setiap hari. macam virgin coconut oil ema akan sapu pada strechmark, herbal massage oil ema akn suruh husband setiap malam urut kaki dgn belakang badan ema, brown soap buat sabun badan time mandi dengan lavender floral water buat sembur2 kat muka n badan. tapi produk ni mmg x bau wangi lagi2 brown soap tu mmg kureng skit bau dia tapi bile pakai badan akn rasa segar. herbal massage oil tu husband ema pun pakai skali. lepas urut ema dia pulak suruh ema urut blakang badan dia guna minyak ni. so berbaloi kalo beli. laki bini leh guna.
 

 
Virgin Coconut Oil  RM34  / Herbal Massage Oil RM33 /
 Lavender Floral Water RM36 / Brown Soap RM15
 
Ini la produk yang ema beli. sangat puas hati. untuk pengetahuan korang virgin coconut oil ni leh guna tuk sapu kat area perineum tuk mengelakkan koyakan semasa bersalin. bila da rasa nak bersalin boleh minum semampu yang boleh tuk memudahkan proses bersalin. boleh baca Testimoni yang dah gunakan produk ni.

Thursday, November 1, 2012

Raya Haji Part 1

Last week raya haji ema n husband balik klang. ari kamis da gerak dari JB pastu singgah UTHM batu pahat amik dua adik laki ema bawak skali balik klang. jimat naik satu keta x payah nak naik bas. sampai klang dalam kul 7 mlm. nasib baik sempat tengok cite Julia kat TV3.. best wo cite tu. suke tgk si julia yang berhati dan berjiwa kental walaupun dia mengandung. cite tu mmg bagi semangat pada diri ema. walaupun mengandung tapi dugaan2 yang dia dapat semua dia terima dgn hati yang tenang.
 
Ari jumaat mak da masak ayam rendang, pulut kuning ngn ayam kari. mak mertua ema pun ada bagi burasak so xpayah buat nasi impit da.. tp sebenarnya mlm tu mak da rebus nasi impit tapi bile pagi mak ckp nasi impit hangit. hahaha sbb mak leka tgk tv mlm td. nasib baik la burasak ada. hehe husband mmg suke burasak. kalo ade nasi impit pun dia x pandang. pastu siap2 gerak g uma sedara mara. mak nak agihkan pulut kuning kat sedara mara. naik satu keta je sbb adik2 laki ema x nak ikut. so kami berempat jela yg pegi. 4 buah rumah jugakla pegi. setiap satu rumah ade rendang n nasi impit. mmg kekenyangan btol. rasa x larat nak jalan da. balik uma da petang trus masuk bilik buka aircond n tido.
 
Esoknye sabtu plan nak g Ikea. saje ajak mak jalan-jalan. sambil tu nnt leh makan meatball. da lama x makan. adik2 ema kalo dengar berjalan mmg diorang segar je nak ikut.dalam kul 11 bergerak la kitorang ke Ikea. memula husband x nak pegi bile da bini dia merajuk baru nak siap2 bagai. tapi bile sampai sana dia yang lebih. orang da jalan depan dia yang tertinggal sorang2 kat belakang. awak tu da la comel susah nak cari tau.. hehehe dia mmg asyik sangat tgk barang2 kat Ikea. belek sana belek sini ema yg perempuan ni pun x mcm tu.. bagus2 maknanya dia mencari idea nk buat kat rumah baru nnt.. bagus jgk kalo dia yg amik tau. xde la sume nnt ema yang nak pikir. punyala ramai org kat food court Ikea tu. tapi gigih beratur semata-mata nak makan. Alhamdulillah dapat jugak makan. pasni tunggu tahun dpn baru dpt makan lagi. hehe
 
 
 
Kat Ikea x beli ape sangat pun. saje nak survey2 tgk idea tuk rumah baru nnt. kalo nak beli skang takot x ngam pulak ngn rumah baru nnt. tunggu dapat kunci baru leh plan nak buat camne. tapi ape yang penting KERJASAMA! eh eh wonderpet la pulak. hehe yang penting skang baby dulu. rumah pikir nanti pas baby kuar.
 
ok sambung raya haji part 2 pulak nnt. ;)