Thursday, November 8, 2012

Check up 34 weeks

Semalam ema ada appointment dengan Klinik Kesihatan Taman Universiti. kali ni kene jumpe doktor. sepanjang ema mengandung ni kali kedua jumpe doktor. yang pertama kali time kandungan 5 bulan. dalam pukul 2.30petang ema dengan husband pun sampai. ambil nombor pastu check air kencing. tunggu nama dipanggil check tekanan darah dan berat. berat badan naik btol ni. dua minggu lepas 71kg tup tup timbang semalam 75kg. tapi xde pulak nurse tu marah ke ape. so ema pun buat tak tahu jela. pastu kene check hb pulak. biasalah kene cucuk jari. kalo mengandung ni mmg asik kene tadah jari jela. pastu tunggu nombor dipanggil tuk jumpe doktor.
 
Lama btol nak tunggu masuk jumpe doktor. dekat 2 jam jgk la menunggu. sedangkan dlm 10 orang je sbelum nombor ema. tapi ape yang ema tgk maybe dorang lepaskan dulu checkup baby2. so ibu mengandung kenela sabar menunggu. perut da lapar sangat. tengahari mmg x sempat nak makan. husband pun perut da masuk angin. kecian kat dia.
 
Dalam kul 4.30 baru nombor dipanggil. doktor check jantung ema pastu suh baring nak scan baby. doktor tunjukkan jantung baby, kedudukan uri, kelapa baby dah kat bawah, air ketuban semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah. doktor tanya ema da tau jantina baby ke belum. ema cakap sebelum ni scan ngn swasta da bagitahu jantina baby. so mmg confirm doktor pun cakap benda yang sama. hehe lega hati barang pun byk da beli. 3 org doktor cakap benda yang sama consider tepat la tu kan. ;)
 
Doktor tanya penah minum air gula x.. ema cakap la xpenah minum lagi so doktor pun suruh g cucuk jari lagi g check gula. sib baik rendah 3.4 je.. hehe sebenarnya sbb ema x makan tengahari tu yg rendah agaknya. doktor pun puas hati jadi mmg xpayah minum air gula la.. yahoo.. sepatutnya ema kene amik injection tuk kali kedua tapi ema ckp nak amik injection tu kat klinik desa je nanti sbb lagi 2 minggu kene check kat klinik desa je. sebenarnya da lapa sangat nak balik cepat. kalo tunggu kat situ nak amik injection mesti lagi lambat.
 
Ubat pun ema x amik sebab masih ada lagi cukupla tuk bekalan 2 minggu lagi. tu pun alasan x nak tunggu giliran ambil ubat kat situ. appointment kat klinik desa kangkar pulai pada 20hb nov ni. time tu da 9 bln.. huhu kesimpulannya semuanya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur.. doakan ibu dan baby baik2 ye. ;)

No comments:

Post a Comment