Tuesday, February 28, 2012

Kek Marble Pisang

Sejak da berumah tangga ni skill memasak telah tertonjol dari kebiasaanye.. ecehh.. ema suke masak kalo teringin nk makan ape2.. tapi kalo yg susah-susah tu terpaksala beli.. lagipun En.Husband suka makan kat rumah.. dulu memang ade niat nak belajar buat kek, kuih, biskut lebih-lebih lagi berkaitan oven ni.. tapi x de oven.. kebetulan raya tahun lepas ema nak sangat buat biskut so berbekalkan duit RM100++ dapatla sebijik oven kecil jenama butterfly.. dapat la buat biskut tuk hari raya.. tapi nak buat kek xde hand mixer pulak.. so tertangguhlah niat di hati nak buat kek.. atas keperihatinan Cik As dia telah hadiahkan ema hand mixer sempena perkahwinan ema.. Alhamdulillah.. tertunailah hasrat dihati nak menjinakkan diri dalam membuat kek khas untuk diri, suami dan keluarga.. ;)

Sebenarnya first skali ema belajar buat kek orange dan hasilnya memang sedap.. cume x sempat nak ambil gambar.. lepastu ema belajar buat cheesecake dan kek coklat.. tu pun x sempat nak ambil gambar jgk.. asik terlupa je.. kebetulan hari tu ema tengok dekat blog Kak Rose(My Kuali).. resepi ni dari Hana's Family.. nampak sedap dan senang dibuat.. kebetulan kat rumah pun ade pisang tapi ema x tau tu pisang jenis ape.. mertua yang bagi.. cinonet je pisangnye tapi sedap..








Kek Pisang Marble Coklat
Resepi : Hana's Family
Sumber : Kak Rose (My Kuali)

Bahan-bahan
  • 150g pisang  - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak + butter
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- ema x letak sebab tiada stok
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes - ema hanya letak serbuk koko je sbb coklat emulco tiada stok

Cara-cara

  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Hasilnya memang sedap dan lembut.. ;)

    No comments:

    Post a Comment