Tuesday, March 6, 2012

Udang Galah Nyum Nyum

Sejak da berumah tangga ni banyak aktiviti-aktiviti baru yang nak diteroka. Bila En.Husband ada masa free muncullah idea dia nak pegi mancing udang galah. Memula try nak pegi masa Chinese New Year. Ingatkan tempat mancing tu bukak rupanya tutup. Tertundalah hasrat nak g mancing. Kebetulan hari tu En. Husband free so kitorang pun siap-siap nak g mancing. Ema excited sangat sebab x pernah pegi selalu dengar orang cite je. Berdua lah laki bini g tempat mancing kekonon nak try 1 jam je nak buat-buat raser tapi bile letak je pancing terus dapat memang naik hantu la En. Husband. Bukan 2 or 3 jam lajak tapi sampai 5 jam. hahaha kejap ema pegang pancing kejap dia pegang pancing. Bile dapat tarik udang tu memang puas hati. Target nak yang besar tapi x dapat. Itu pun da syukur.











Balik rumah da tengah malam mata pun da ngantuk.  Udang ada yang hidup lagi ada yang da mati. Ema memang tak berani nak masak hidup-hidup. Tak sampai hati. Biar dia mati sendiri baru ema masak. Esoknye ema buat masak Lemak Cili Api. Sedap rase udang tu. Terasa kemanisannya. Pasni kalo nak pegi mancing lagi kene tunggu sebulan dua baru boleh pegi. Kalo setiap bulan mau pengsan. Hahaha
















1 comment: