Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Garrett Popcorn Idaman Kalbu

10 November aritu family ema turun JB sebab ada jemputan kahwin sedara belah mak kat Bandar Seri Alam. Nenek ngn atok Negeri Sembilan pun turun jgk. Memang meriah la suasana lagipun dah lama x jumpe orang kampung. Dapatlah lepaskan rindu dengan atok dan nenek. Jadi mak ngn baba on the way nak datang JB jemput la adik-adik laki ema yg belaja kat UTHM Batu Pahat. Lagipun mmg sekali jalan je senang. Abg ema x dapat ikut sebab dia keje sabtu ahad. Ntah macamana tekak ni teringin nak makan Garrett Popcorn yang sedap tu! da lah kat JB ni xde jual, yang ada cume kat KL je. sib baik abg ema ni baik dan boleh diminta tolong. hehe

 
 
Sebenarnya x penah pun beli Garrett Popcorn ni tapi tekak ni mmg komfem mengatakan sedap dan yakin ia akan menepati citarasa tekak ema ni.. hahaha konfiden btol. so tepon la abg ema ni mintak tolong dia belikan. fuhh skali tgk harga bukan calang2. boleh tercekik jgk la.. tapi ema x kira pikir punya pikir kene beli jgk! memula ingat nak beli yang 1 gallon RM92  tapi macam kecik je tin dia. takot x cukup nnt family ema pun nak merasa jgk. last2 ema dapat idea daripada ema beli 1 gallon baik ema beli dua Jumbo Pack RM80. rasa lagi banyak dari 1 gallon tu. ntah2 yang wat mahal bekas dia je. so abg ema pun beli pagi jumaat kat One Utama. pas beli abg hantar kat ofis mak ema sbb tgahari da nak bertolak ke JB. Malam tu dapatla ema makan Garret Popcorn yang sedap ni.. mmg puas hati ema! serius ema cakap mmg berbaloi beli dan kalo korang nk tau kerangupan dia still bertahan sehingga sekarang.. tapi kene simpan dalam bekas yang kedap udara la.


Sunday, November 11, 2012

Julia TV3

 
 
Ema memang suka sangat cerita Julia kat TV3 setiap hari isnin hingga khamis kul 7.00mlm.. tapi sekarang cerita tu da habis. kalo boleh nak minta buat sambungan lagi cerita tu. apa yang ema tengok dan simpulkan banyak pengajaran tuk diri kita sendiri. cerita tu memang berkesan pada diri ema.
 
 
Sape yang tengok dan follow cerita tu mungkin sama dengan pendapat ema. ape yang ema lihat betapa gigihnya semangat Julia walaupun dia banyak ditimpa masalah. dari satu satu masalah dia tempuh dengan sabar dan redha. kuatnya semangat dia tuk teruskan hidup tanpa melihat kebelakang semula. bila dia bawa watak ibu mengandung lagi tersentuh hati ema. bayangkan seorang ibu mengandung menanggung pelbagai masalah. dari kene cerai dengan suami dengan talak 3, difitnah orang, dibuang kerja, ibu bapa dan kakak dia meninggal dunia. Ya Allah banyak betul dugaan dia. tapi dia tetap tenang dan redha dengan apa yang terjadi.
 
 
Cerita tu amat berkesan pada diri ema dan mungkin juga pada penonton yang mengikuti cerita Julia ni. Pada ema semangat Julia ni patut dicontohi oleh semua wanita diluar sana termasuk diri ema. ema nasihatkan pada semua wanita dan diri ema sendiri supaya berdirila di kaki sendiri. sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. setiap dugaan yang datang semuanya ada hikmah. kita kene berfikiran kehadapan dan jangan sesekali pandang ke belakang sebab semua kisah lama adalah satu kenangan dan memori. apa yang perlu kita buat adalah meniti hari yang akan datang dan bagaimana kita ingin laluinya. tiada siapa boleh tolong kalo bukan diri sendiri. dan apa yang penting kita kena sayang diri kita sendiri. :)
 
 

Saturday, November 3, 2012

Tanamera Posnatal

Dalam survey2 nak beli set bersalin ema tertarik set bersalin Tanamera Posnatal. banyak review yang ema baca tentang set tanamera. ramai jugak blogger yg baru melahirkan anak guna set bersalin tanamera. yang buat ema tertarik skali sbb dia menggunakan 100% produk semulajadi dan tiada jamu2 yang perlu dimakan. lagipun nak nyusukan baby kene elakkan jamu2 takot nnt baby terkena skali. ema ni mmg kurang mahir bab-bab set bersalin ni. tanya mak n mak mertua pun kurang pasti yang mane elok. so dgn inisiatif sendiri kene la google n cari pengetahuan kat internet. kawan2 ema pernah guna set bersalin Nona Roguy dgn Leesa Formula. harga set bersalin lebih kurang sama je dgn yang lain-lain. mcm kawan ema dia kalah kat jamu-jamu ni. so dia kate beli set membazir sbb ade yang guna ada yang x guna. jadi ema confius samada nak beli set or beli yang mana penting je. tapi kalo kite beli set lagi murah..
 
Hmm pikir punya pikir ema decide nak beli produk Tanamera. TAPI ema x beli set dulu sbb ema nk try ok ke tidak produk dia dengan diri ema. so ema beli beberapa produk dulu yang boleh guna semasa mengandung tapi kene pembelian lebih RM100. jadi ema pilih virgin coconut oil, herbal massage oil, lavender floral water dengan brown body soap. banyak review virgin coconut oil n brown body soap ni mmg bagus. bile da dapat kat tangan x sabar nak guna. berbaloi jgk la ema beli produk ni semuanya sesuai dengan ema. produk ni ema guna setiap hari. macam virgin coconut oil ema akan sapu pada strechmark, herbal massage oil ema akn suruh husband setiap malam urut kaki dgn belakang badan ema, brown soap buat sabun badan time mandi dengan lavender floral water buat sembur2 kat muka n badan. tapi produk ni mmg x bau wangi lagi2 brown soap tu mmg kureng skit bau dia tapi bile pakai badan akn rasa segar. herbal massage oil tu husband ema pun pakai skali. lepas urut ema dia pulak suruh ema urut blakang badan dia guna minyak ni. so berbaloi kalo beli. laki bini leh guna.
 

 
Virgin Coconut Oil  RM34  / Herbal Massage Oil RM33 /
 Lavender Floral Water RM36 / Brown Soap RM15
 
Ini la produk yang ema beli. sangat puas hati. untuk pengetahuan korang virgin coconut oil ni leh guna tuk sapu kat area perineum tuk mengelakkan koyakan semasa bersalin. bila da rasa nak bersalin boleh minum semampu yang boleh tuk memudahkan proses bersalin. boleh baca Testimoni yang dah gunakan produk ni.