Tuesday, February 28, 2012

Kek Marble Pisang

Sejak da berumah tangga ni skill memasak telah tertonjol dari kebiasaanye.. ecehh.. ema suke masak kalo teringin nk makan ape2.. tapi kalo yg susah-susah tu terpaksala beli.. lagipun En.Husband suka makan kat rumah.. dulu memang ade niat nak belajar buat kek, kuih, biskut lebih-lebih lagi berkaitan oven ni.. tapi x de oven.. kebetulan raya tahun lepas ema nak sangat buat biskut so berbekalkan duit RM100++ dapatla sebijik oven kecil jenama butterfly.. dapat la buat biskut tuk hari raya.. tapi nak buat kek xde hand mixer pulak.. so tertangguhlah niat di hati nak buat kek.. atas keperihatinan Cik As dia telah hadiahkan ema hand mixer sempena perkahwinan ema.. Alhamdulillah.. tertunailah hasrat dihati nak menjinakkan diri dalam membuat kek khas untuk diri, suami dan keluarga.. ;)

Sebenarnya first skali ema belajar buat kek orange dan hasilnya memang sedap.. cume x sempat nak ambil gambar.. lepastu ema belajar buat cheesecake dan kek coklat.. tu pun x sempat nak ambil gambar jgk.. asik terlupa je.. kebetulan hari tu ema tengok dekat blog Kak Rose(My Kuali).. resepi ni dari Hana's Family.. nampak sedap dan senang dibuat.. kebetulan kat rumah pun ade pisang tapi ema x tau tu pisang jenis ape.. mertua yang bagi.. cinonet je pisangnye tapi sedap..








Kek Pisang Marble Coklat
Resepi : Hana's Family
Sumber : Kak Rose (My Kuali)

Bahan-bahan
  • 150g pisang  - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak + butter
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- ema x letak sebab tiada stok
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes - ema hanya letak serbuk koko je sbb coklat emulco tiada stok

Cara-cara

  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

Hasilnya memang sedap dan lembut.. ;)

    Friday, February 24, 2012

    Katil Punye Pasal!

    Malam tadi terjaga dari tidur dengan mata mamai asal cam gelap gelita sgt ni.. aircond pn da x rase.. rupa-rupanya blackout.. da cuak da.. x nampak ape da.. kejut-kejut En.Husband dia buat donno je.. adoiyai.. tengok jam kul 4.00 pagi.. ingatkan rumah ema je yg kene.. mane la tau wire shot ke.. smbil teraba-raba gagahkan diri tengok kat tingkap samada rumah orang lain pn blackout x.. lega rasenye satu taman blackout.. ngehnghenghe.. ;p bile la lega nk sambung tido la balik.. dengan mata x nampak teraba-raba tilam.. haaa da boleh landing da ni.. dengan penuh perasaannye nak landing GEDEGANG!! ADOI!! SAKITNYE!! rupe-rupenye pipi ema terkena bucu kepala katil.. rase nak menangis da.. En.Husband terus terjaga.. cari-cari handphone suluh lampu kat pipi.. BENGKAK! rase nak nangis tapi nk gelak pon ade.. hahahaha 

    Bangun pagi tengok kat cermin pipi da biru kehijauan.. tunjuk kat kawan ofis.. dorang gelak sakan.. hmm tula akibatnye kalo xnk hati2.. nak buat camne sapu foundation tebal-tebal la gayenye.. 

    ok nak lik keje da.. Sok ade Program FAMA kat Plaza Angsana Johor Bahru.. sape duk johor bahru jemputla datang.. program ni dinamakan Karnival Halal 1 Malaysia Best Negeri Johor.. ramai usahawan seluruh negeri terlibat.. lebih kurang 60 booth usahawan terlibat.. hanya produk-produk yang terbaik dipamerkan.. pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program.. Esok kul 2.30 petang acara perasmian dan ema terlibat sebagai urusetia.. Program ni dirasmikan oleh YB DATUK HJ AB. AZIZ BIN KAPRAWI (PENGERUSI JAWATAN KUASA PERTANIAN INDUSTRI ASAS TANI )

    Thursday, February 23, 2012

    My Wedding Video (versi FB)



    Salam dan selamat berhari jumaat.. meh layan video ni.. ni versi FB yg videografi ema buat untuk tatapan kawan2 kat FB.. yang real punye panjang gile dan terlalu berat untuk diupload..

    cube try tgk kat sini..



     

    Wednesday, February 22, 2012

    Review Lokasi Persandingan

    Now ema nak cite pasal hari persandingan ema yg bertarikh 19 November 2012 (Sabtu) bertempat di Galeri Shah Alam, Tasik Shah Alam.. Ema x buat kat rumah sbb kawasan rumah ema tu kecik takot nnt sesak n xde parking pulak.. mula-mula ema n family plan nak buat kat Pejabat Daerah Klang tapi xde rezeki buat kat situ.. Rupa-rupanya ada hikmah disebalik tu.. Pakcik ema rekemen buat kat Galeri Shah Alam.. kitorang mmg xtau pn kewujudan Galeri Shah Alam tu almaklumlah jarang meneroka..hehe stakat tasik shah alam tu mmg tau la.. satu hari pakcik ema dan baba ema pegila tempat tu tuk tanya lebih lanjut dan baba ema berkenan tempat tu.. ema kat johor mmg x tau apela.. stakat tgk gambar yang baba amik kat kamera pastu send kat ema.. walaupun gambarnye cinonet je tp ema pun berkenan jgk tempat tu.. kitorang booking awal sbb takot full.. ramai jgk yang buat majlis kahwin kat sini.. tempat nye pn cantik sbb tepi tasik.. seumur hidup ema mmg x terfikir pn ema akan buat majlis kawin kat tepi tasik.. dulu kalo tgk tv tu mmg la berangan-angan tp bile fikir x mungkin dapat buat camtu.. rezeki kite x tau kn dan ema mmg bersyukur rezeki ema dpt buat kat tasik.. Alhamdulillah..  



    Harga sewa tempat tu x la mahal sangat.. memula ingat mahal kot kalo buat kat situ tapi just RM1000 tuk satu majlis dari pagi smpai petang. see! murah kan.. lebih kurang sewa kat dewan.. pastu tempat ni besar ade site yang berbumbung dan ada tempat yang x berbumbung.. depends pada pengantin samaada nk buat kat tempat yang berbumbung atau x berbumbung atau kedua-duanye skali.. seriously tempat ni mmg besar dan luas.. sesuai sgt kalo jemputan yang ramai.. ema decide nk buat kat tempat x berbumbung sbb tempat dia lg luas.. yang berbumbung tu cm kecik skit.. jemputan ema 2000 orang so mmg x sesuai buat kat tempat berbumbung.. tapi kalo buat kat tempat berbumbung x payah sewa khemah..itu kelebihannya.. disebabkan ema nk buat kat tempat terbuka so ema kene sewa khemah..







    Tempat ni jgk ada bilik tuk pengantin bersiap dan saudara-mara beristirehat.. sehari or dua hari sblom majlis kite da boleh amik kuncik bilik untuk letakkan apa-apa barang seperti goodies, peralatan dan sebagainye.. pelamin pn boleh dipasang sehari sebelum tapi waktu malam x dibenarkan masuk lori.. lori hanya dibenarkan pada waktu siang je.. tapi kalo nk buat kerja pemasangan dibenarkan.. kecurian atau kehilangan barang pihak galeri x bertanggungjawab.. jd kalo pelamin nk pasang make sure ade orang jg.. ataupun pasang waktu malam sehari seblom sanding.. kat sini ade pak guard jgk.. tp untuk keselamatan better org sendiri yg jaga..








    Sesape yang duk area klang dan shah alam mmg sesuai kalo nk buat kat Galeri Shah Alam ni.. harga sekarang ema x tau la tp waktu ema tempat tahun 2011.. sebarang pertanyaan boleh terus pergi ke sana atau tgk kat SINI

    Saturday, February 11, 2012

    Review Malam Berinai

    Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. 


    Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.


    Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa. sumber (here).

    Ema x buat majlis berinai kecil.. cuma malam sehari sebelum nikah tukang inai dtg pakaikan inai dan sanak saudara tolong ape yang patut disamping tu memeriahkan suasana.. ema just buat majlis berinai besar.. ema pilih baju tradisional songket.. ema mmg suke songket dan mmg teringin nak pakai.. kat BIJ banyak warna songket yang cantik2 dan pilihan ema warna purple keemasan.. heee emas lagi.. ;p 

    Lepas Isyak, buat majlis tahlil dan baba ema jemput org-org surau.. ramai jgk yg dtg time tu.. sampai x muat dlm rumah.. Alhamdulillah.. ;) smbil tu ema siap2 makeup dan pakai baju.. bile da siap tunggu2 jgk mane En. Husband x smpai2 lg.. sbb dia pn nk kene disiapkan oleh MUA.. call punya call rupanya dia tersekat kat luar rumah.. xleh nk masuk sbb ramai sgt org surau kat dlm rumah.. En. Husband segan nk masuk so terpaksala tunggu smpai habis tahlil barula dia dpt masuk.. MUA pn cpt2 siapkan dia.. masa pn da makin lewat.. badan pn makin penat.. tapi nk dijadikan cite En. Husband boleh pulak x bawak kasut dia.. Adoiyai.. gabra jgk wktu tu.. xkn nk berkaki ayam pulak.. hahaha tp nasib baik la ada kasut hantaran.. kebetulan mmg hantaran letak kat uma ema dulu.. mlm pas berinai baru la family husband bawak balik.. kus semangat.. jd pakai la En. Husband kasut hantaran tu.. walaupun color dia x nmpak formal tp jadi la kn daripada berkaki ayam. hakhakhak..


    En. Husband datang merenjis..

    My Baba.. :)

    Love this pic..

    suke songket ni.. hee


    my ladies.. muah

    mlm ada practice.. ce teka kitorang practice ape?? ;)

    Ngaum! hehe

    Wednesday, February 8, 2012

    Review Baju Persalinan

    Lepas majlis nikah MUA cepat2 suruh buat persalinan.. sbb xnk ganggu wktu berinai mlm nnt.. takot lambat habis badan pn penat.. soknye pulak da nk sanding so ema dan MUA pakat tuk buat persalinan lepas majlis nikah.. En. Husband pn boleh balik hotel rehatkan badan tuk mlm nnt majlis berinai.. ema pilih dua baju persalinan je.. baju Lengha India dan Jawa.. antara byk2 persalinan ema pilih dua baju ni sbb banyak aksesori yang dipakai nnt.. so mmg berbaloi la.. kalo pilih baju lain aksesori x byk so nampak macam x meriah gitu.. hehe  warna tuk baju Lengha ema pilih warna hijau emas.. dan baju Jawa ema ambil warna hitam emas.. haha sume kalo boleh nk emas.. (O,O) 

    Persalinan Jawa



    Persalinan Lengha India




    Tuk persalinan ema x tukar makeup just pakai makeup nikah td je.. MUA cume siapkan baju, aksesori dan hair style.. makeup akan ditukar wktu malam berinai nnt.. sbb ema amik 3x makeup je.. MUA ema mmg pantas dan cekap uruskan ema.. bkn senang nk set time baju persalinan ni sbb dia banyak kene pakai aksesori.. nk style rambut lg.. kitorang ada masa pn sblom maghrib.. pastu ema da kene mandi dan siap2 tuk makeup berinai.. fuhh mmg padat btol masa tu.. badan pn mmg da terasa penat.. mata x larat pakai contact lense lg.. huhu tapi seronok sbb dapat rase sume tu.. sekali seumur hidup kn.. ;)

    Review My Wedding (Nikah 18 November 2011)

    Ok now ema nk review skit about my wedding.. ema nikah 18 November 2011 (Jumaat) pukul 3.30 petang.. seminggu awal ema da mik cuti siap2 dan terus balik klang tuk uruskan ape2 yang patut.. dalam family ema ni la first time buat majlis besar.. sbb adik beradik ema sume bujang2 lg.. yang perempuan haruslah cepat diambil orang.. hehe rupanya bukan senang nk uruskan majlis kahwin ni.. lg2 sbb family blom ada pengalaman mengadakan majlis camni..

    Untuk butik pengantin ema pilih Butik Idaman Jelita.. ema mula kenal butik ni waktu ema search2 kat internet je tau.. maklumlah ema kan duk j.b mane ada masa nk survey2 butik2 area klang.. bile balik cuti sekejap dpt la lari2 tgk 2&3 butik je.. bile ema tgk kat blog BIJ ni mmg sentuhan team dorang membuat ema tertarik dan harga yang ditawarkan mmg berpatutan.. tanpa berfikir lagi terus ema call owner BIJ 'kak zaa'..  kak zaa ni mmg baik dan dia terus ajak datang butik untuk bincang bajet yang kita nak.. ape yang ema nak kak zaa dapat bagi dengan harga yang berpatutan.. lagipun ema booking lebih kurang setahun awal dan dapatlah harga lebih murah dari harga time wedding.. sbb tu bride to be perlu cepat booking butik pengantin untuk mendapatkan harga murah.. jgn leka2 okeh..

    Ema amik Full Package dari BIJ.. maksudnya dari majlis nikah, berinai dan sanding.. kalo kite amik full package lg murah dari kita ambil sikit2.. slalunya butik2 pengantin buat camtu.. kalo untuk tunang boleh la amik sikit2 tapi kalo kahwin better amik full package.. baju pn kak zaa bagi pilih yang mane suka.. ada sesetengah butik dorang caj mengikut baju.. hmm ema x minat kalo yang cmtu.. so ni la ape yang ema dapat di BIJ..

    - Pelamin Rumah 1 Panel (Nikah & Malam Berinai)
    -Pelamin Dewan 3 Panel (Sanding)
    -Makeup 3x (Nikah & Berinai & Sanding)
    -Baju Persalinan 2x (India & Jawa)
    -Baju Malam Berinai 1x (Songket Laki Perempuan)
    -Baju Sanding 1x
    -Full Aksesori
    -Bunga Tangan
    -Walkaway Dewan
    -Red Carpet Dewan
    -Set Merenjis (Rrumah & Dewan)
    -Bantal Nikah
    -Payung

    Ema mmg puas hati dgn hasil kerja team BIJ.. walaupun rumah ema yang terakhir dorang pasang pelamin dari 10 lebih buah rumah hari tu tapi hasil kerja team dorang mmg bagus.. untuk pelamin rumah ema pilih warna merah putih.. sbb ema nk sesuaikan warna baju nikah, berinai dan persalinan..  3 hari sebelum majlis kak zaa suruh dtg butik utk amik baju, aksesori, bantal nikah, dan payung.. jd xdela MUA kelam kabut nk bawak sume tu.. dan pengantin pn boleh tgk sendiri barang2 yang diberi.. kalo x puas hati kite boleh discuss lg.. so sape2 yang berminat ema mmg rekemen BIJ ni pd bride to be di luar sana.. skarang BIJ ni da buka satu lg cawangan di Shah Alam.. lagi senang untuk orang2 Klang dan Shah Alam berkunjung..



    nervous time ni..



    ramai sgt orang smpai x cukup ruang da..



    muka tahan nangis.. hehe



    mom n her daughter.. same x?



    Alhamdulillah.. ;)




    Pengantin lame.. hehe


    Tuesday, February 7, 2012

    Muncul Kembali (^__________^)

    Salam u olls.. lamenye x update blog ni.. heeee rase bersalah yg teramat pulak.. walaupun ema x update my blog tapi ema mmg pengunjung tegar kepada semua blog2 yang ema follow.. suke baca entry2 terbaru yang di upadate kan.. ;)

    FYI ema skang da menjadi isteri pada 18 November 2011.. Alhamdulillah sebelum ni bizi sangat dengan persiapan perkahwinan.. pastu bizi pulak dengan situasi yang baru alam perkahwinan.. so now ema dah mempunyai kelapangan dan tak ada lagi kekusutan di kepala..

    Hurmmm nk cite pasal ape ek.. hehe maklumlah banyak sangat cerita2 yang terpendam untuk dikongsi bersama semua.. ok2 memula ema nk ckp yang ema happy sangat menjadi seorang isteri.. lebih2 lagi dengan orang yang kita sayang dan cinta.. walaupun banyak dugaan sblom berkahwin tapi Alhamdulillah semuanya dapat diatasi dan berjalan dengan lancar.. sekarang hampir 3 bulan ema berkahwin dan ema rasakan keadaan lepas kahwin menjadikan ema lebih matang.. sblom ni ema mungkin kebudak-budakkan, cepat merajuk, mengada-ngada dan banyak lg.. hahaha banyaknye sifat2 x baik... tp sekarang ema dah slow skit.. hehe x tau nape.. mungkin still ada sifat2 tu tapi makin berkurangan.. En. Husband pn cakap benda yang sama.. maknanya bagusla  kan.. (kembang hidong) sblom ni waktu tunang En.Husband cakap pening kepala asik melayan kerenah yg bermacam2 ragam.. boleh dikatakan bulan ni ragam lain bulan dpn ragam lain.. hahahaha bile igt balik klakor la pulak..

    Ape2 pn setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya.. mungkin permulaan nampak happy tapi kite x lari dengan dugaan2 yang akan datang.. so InsyaAllah ema dan En. Husband akan berusaha menghadapi dan mengharungi bersama2.. oleh itu kite kena lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.. kahwin bukan benda main2.. masing2 da diberi tanggungjawab dan amanah.. jadi perlu bijak dalam menjaganya.. doa dan restu ibu bapa amat penting dalam memberkati anak2nya.. so jangan lupa jasa dan pengorbanan ibu bapa yang selama ini membesarkan kita.. ;)