Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Shaklee Untuk Waktu Berpantang

Dari haritu ema confuse nak beli set berpantang yang mana satu. memula hati berkenan Set Tanamera sebab dia xde jamu-jamu yang kene makan. ema tak pernah makan jamu dan takut jugak kalo makan nnt x serasi dengan ema. takot jugak kalo baby terkena effectnya nanti bila ema breastfeeding dia.
 
Survey punya survey ema terbekenan kat produk shaklee ni. ape yang buat ema tertarik shaklee ni lebih kepada vitamin dan yang paling ema suka dia membantu pengeluaran susu. maklumlah orang kate anak pertama kurang pengeluaran susu jadi dengan shaklee ni membantu tuk menghasilkan susu. ema memang harap sangat susu ema banyak. kalo boleh nak susukan sepenuhnya dengan susu badan. InsyaAllah jika diizinkan. ;)
 
Ema beli di CHARMSandCOLORS Set 3M : ESP + Ostematrix + Set B = RM240 (Normal price = RM260) Set ni sesuai untuk yg mengalami masalah penyusuan. Si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik.
  • 30 biji Vitalea / 30 biji B Complex / 30 biji Vita-C / 90 biji Alfalfa / ESP / Ostematrix (1 botol)
Ema beli tuk yang sebulan je sebab ema nak try samada dia sesuai dengan ema ke tidak. kalo sesuai dan hasilnya memuaskan ema akan beli lagi. Jamu memang ema x beli langsung. cuma ema ade beli bengkung Leesa Formula, pilis dan param kat kedai jamu. pilis dengan param tu ema beli murah je sbb takot x sesuai dengan ema nnt. so tuk bekalan berpantang ema da ada. harap-harap dpt laluinya dengan mudah. ;)



Thursday, November 8, 2012

Check up 34 weeks

Semalam ema ada appointment dengan Klinik Kesihatan Taman Universiti. kali ni kene jumpe doktor. sepanjang ema mengandung ni kali kedua jumpe doktor. yang pertama kali time kandungan 5 bulan. dalam pukul 2.30petang ema dengan husband pun sampai. ambil nombor pastu check air kencing. tunggu nama dipanggil check tekanan darah dan berat. berat badan naik btol ni. dua minggu lepas 71kg tup tup timbang semalam 75kg. tapi xde pulak nurse tu marah ke ape. so ema pun buat tak tahu jela. pastu kene check hb pulak. biasalah kene cucuk jari. kalo mengandung ni mmg asik kene tadah jari jela. pastu tunggu nombor dipanggil tuk jumpe doktor.
 
Lama btol nak tunggu masuk jumpe doktor. dekat 2 jam jgk la menunggu. sedangkan dlm 10 orang je sbelum nombor ema. tapi ape yang ema tgk maybe dorang lepaskan dulu checkup baby2. so ibu mengandung kenela sabar menunggu. perut da lapar sangat. tengahari mmg x sempat nak makan. husband pun perut da masuk angin. kecian kat dia.
 
Dalam kul 4.30 baru nombor dipanggil. doktor check jantung ema pastu suh baring nak scan baby. doktor tunjukkan jantung baby, kedudukan uri, kelapa baby dah kat bawah, air ketuban semua dalam keadaan baik. Alhamdulillah. doktor tanya ema da tau jantina baby ke belum. ema cakap sebelum ni scan ngn swasta da bagitahu jantina baby. so mmg confirm doktor pun cakap benda yang sama. hehe lega hati barang pun byk da beli. 3 org doktor cakap benda yang sama consider tepat la tu kan. ;)
 
Doktor tanya penah minum air gula x.. ema cakap la xpenah minum lagi so doktor pun suruh g cucuk jari lagi g check gula. sib baik rendah 3.4 je.. hehe sebenarnya sbb ema x makan tengahari tu yg rendah agaknya. doktor pun puas hati jadi mmg xpayah minum air gula la.. yahoo.. sepatutnya ema kene amik injection tuk kali kedua tapi ema ckp nak amik injection tu kat klinik desa je nanti sbb lagi 2 minggu kene check kat klinik desa je. sebenarnya da lapa sangat nak balik cepat. kalo tunggu kat situ nak amik injection mesti lagi lambat.
 
Ubat pun ema x amik sebab masih ada lagi cukupla tuk bekalan 2 minggu lagi. tu pun alasan x nak tunggu giliran ambil ubat kat situ. appointment kat klinik desa kangkar pulai pada 20hb nov ni. time tu da 9 bln.. huhu kesimpulannya semuanya berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah syukur.. doakan ibu dan baby baik2 ye. ;)