Sunday, November 11, 2012

Julia TV3

 
 
Ema memang suka sangat cerita Julia kat TV3 setiap hari isnin hingga khamis kul 7.00mlm.. tapi sekarang cerita tu da habis. kalo boleh nak minta buat sambungan lagi cerita tu. apa yang ema tengok dan simpulkan banyak pengajaran tuk diri kita sendiri. cerita tu memang berkesan pada diri ema.
 
 
Sape yang tengok dan follow cerita tu mungkin sama dengan pendapat ema. ape yang ema lihat betapa gigihnya semangat Julia walaupun dia banyak ditimpa masalah. dari satu satu masalah dia tempuh dengan sabar dan redha. kuatnya semangat dia tuk teruskan hidup tanpa melihat kebelakang semula. bila dia bawa watak ibu mengandung lagi tersentuh hati ema. bayangkan seorang ibu mengandung menanggung pelbagai masalah. dari kene cerai dengan suami dengan talak 3, difitnah orang, dibuang kerja, ibu bapa dan kakak dia meninggal dunia. Ya Allah banyak betul dugaan dia. tapi dia tetap tenang dan redha dengan apa yang terjadi.
 
 
Cerita tu amat berkesan pada diri ema dan mungkin juga pada penonton yang mengikuti cerita Julia ni. Pada ema semangat Julia ni patut dicontohi oleh semua wanita diluar sana termasuk diri ema. ema nasihatkan pada semua wanita dan diri ema sendiri supaya berdirila di kaki sendiri. sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan. setiap dugaan yang datang semuanya ada hikmah. kita kene berfikiran kehadapan dan jangan sesekali pandang ke belakang sebab semua kisah lama adalah satu kenangan dan memori. apa yang perlu kita buat adalah meniti hari yang akan datang dan bagaimana kita ingin laluinya. tiada siapa boleh tolong kalo bukan diri sendiri. dan apa yang penting kita kena sayang diri kita sendiri. :)
 
 

No comments:

Post a Comment