Saturday, February 11, 2012

Review Malam Berinai

Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. 


Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.


Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa. sumber (here).

Ema x buat majlis berinai kecil.. cuma malam sehari sebelum nikah tukang inai dtg pakaikan inai dan sanak saudara tolong ape yang patut disamping tu memeriahkan suasana.. ema just buat majlis berinai besar.. ema pilih baju tradisional songket.. ema mmg suke songket dan mmg teringin nak pakai.. kat BIJ banyak warna songket yang cantik2 dan pilihan ema warna purple keemasan.. heee emas lagi.. ;p 

Lepas Isyak, buat majlis tahlil dan baba ema jemput org-org surau.. ramai jgk yg dtg time tu.. sampai x muat dlm rumah.. Alhamdulillah.. ;) smbil tu ema siap2 makeup dan pakai baju.. bile da siap tunggu2 jgk mane En. Husband x smpai2 lg.. sbb dia pn nk kene disiapkan oleh MUA.. call punya call rupanya dia tersekat kat luar rumah.. xleh nk masuk sbb ramai sgt org surau kat dlm rumah.. En. Husband segan nk masuk so terpaksala tunggu smpai habis tahlil barula dia dpt masuk.. MUA pn cpt2 siapkan dia.. masa pn da makin lewat.. badan pn makin penat.. tapi nk dijadikan cite En. Husband boleh pulak x bawak kasut dia.. Adoiyai.. gabra jgk wktu tu.. xkn nk berkaki ayam pulak.. hahaha tp nasib baik la ada kasut hantaran.. kebetulan mmg hantaran letak kat uma ema dulu.. mlm pas berinai baru la family husband bawak balik.. kus semangat.. jd pakai la En. Husband kasut hantaran tu.. walaupun color dia x nmpak formal tp jadi la kn daripada berkaki ayam. hakhakhak..


En. Husband datang merenjis..

My Baba.. :)

Love this pic..

suke songket ni.. hee


my ladies.. muah

mlm ada practice.. ce teka kitorang practice ape?? ;)

Ngaum! hehe

No comments:

Post a Comment